-->
Sharifah Noorulfitrah Wan Alkap

text maker


Cool Text Maker

Khamis, 4 Oktober 2012

Cakap guna Bahasa Melayu Standard

Dalam perjalanan ke kelas semalam, saya dan rakan terserempak dengan kumpulan pelajar daripada jurusan bahasa Inggeris atau lebih dikenali dengan pelajar TESL. Kami terdiam seketika apabila lalu berhampiran mereka dan kami sempat mendengar mereka bersembang dalam bahasa Inggeris. Terdetik di hati saya rasa kagum dengan kebolehan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Jika hendak dibandingkan dengan saya, "jauh panggang dari api". Saya berharap suatu hari nanti saya boleh menggunakan bahasa Inggeris selancar mereka.

Setelah jauh beberapa langkah daripada kumpulan pelajar itu, rakan saya pun berkata, " kalau kita ambik kos TESL, mesti kita pun speaking macam diorang kan?". Saya tersenyum kemudian berkata, " yelah kot. Tapi kan, kita kos bahasa Melayu kenapa tak cakap bahasa Melayu baku ek? Tengok diorang, luar kelas pun guna bahasa Inggeris semata-mata nak fasihkan lidah mereka". Kami terdiam. Kemudian rakan saya menjawab, "kalau kita cakap guna bahasa Melayu baku, nampak skema sangat la. Nanti mesti orang pelik dengar kita cakap". "Betul jugak kan", kata saya mengiyakan pendapat rakan saya itu. "padahal kita bukan cakap bahasa asing pun, kita cakap bahasa sendiri kan?" sambung saya lagi.

Begitulah persepsi masyarakat kita. Memandang tinggi bahasa asing sedangkan bahasa sendiri dianggap pelik. Kalau bukan kita sendiri yang menggunakan bahasa tersebut, siapa lagi? Fikir-fikirkanlah.

Dicatat oleh Unknown di 12:04 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Photo Cube Generator

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2012 (26)
    • ►  10/21 - 10/28 (5)
    • ►  10/14 - 10/21 (5)
    • ►  10/07 - 10/14 (5)
    • ▼  09/30 - 10/07 (5)
      • Perlu ke?
      • Cakap guna Bahasa Melayu Standard
      • Variasi Kata Mengelirukan
      • Sahabat Selamanya
      • Banggalah dengan Bahasa Kita
    • ►  09/23 - 09/30 (5)
    • ►  09/16 - 09/23 (1)

Pengikut

MASA BERLALU

HALWA TELINGA




Gratisan Musik

Copyright© All Rights Reserved Sharifahnoorulfitrahwanalkap.blogspot.com