-->
Sharifah Noorulfitrah Wan Alkap

text maker


Cool Text Maker

Selasa, 2 Oktober 2012

Sahabat Selamanya

"...Tiada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabatnya
dan tiada kesedihan yang menyamai perpisahan dengannya...
Moga persahabatan yang dibina dengan BISMILLAH ini
hanya akan berakhir dengan INNALILLAH..."




Begitulah ikatan persahabatan yang telah terbina sejak saya melangkah masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini. Walaupun berbeza negeri dan berbeza dialek namun kami disatukan dalam kursus yang sama iaitu Pendidikan Bahasa Melayu. Hari-hari kami berlalu dengan 1001 kenangan dan segala pahit manis telah tercatat dalam memori kami sebagai pelajar di UPSI. Perbezaan dialek bukan penghalang untuk kami meneruskan persahabatan ini sehinggakan ada pelajar daripada jurusan yang sama menggelar kami "Geng 1 Malaysia". Gelaran ini mungkin disebabkan latar belakang negeri kami yang berbeza dan jika hendak dibandingkan dengan pelajar lain, mereka lebih senang dengan kelompok rakan senegeri.

Memang pada mulanya saya akui sangat sukar untuk memahami dialek rakan saya sehinggakan saya meminta mereka menggunakan bahasa Melayu baku jika hendak bercakap dengan saya. Azmarina dengan dialek Kelantannya yang pekat manakala Aina dan Safiah pula dengan dialek Kedahnya. Saya pula masih kekok hendak berbahasa Melayu dengan sempurna memandangkan inilah pertama kali saya bergaul dengan mereka yang berlainan dialek. Jadi, kami terpaksa menggunakan bahasa Melayu baku. Kadang-kadang, berlaku salah faham kerana sesuatu kata dalam dialek saya iaitu dialek Sarawak berbeza makna dalam dialek Kedah mahupun dialek Kelantan. Kami tidak menganggap itu sebagai masalah kerana keadaan seperti itu menambahkan lagi perbendaharaan kata kami.

Lama-kelamaan, saya menjadi semakin biasa dengan dialek mereka. Walaupun saya kurang pandai bercakap menggunakan dialek mereka namun saya faham butir-butir kata percakapan mereka. Sesungguhnya, perbezaan dialek bukan penghalang untuk kami meneruskan persahabatan sehingga ke tahap ini.


Dicatat oleh Unknown di 6:11 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Photo Cube Generator

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2012 (26)
    • ►  10/21 - 10/28 (5)
    • ►  10/14 - 10/21 (5)
    • ►  10/07 - 10/14 (5)
    • ▼  09/30 - 10/07 (5)
      • Perlu ke?
      • Cakap guna Bahasa Melayu Standard
      • Variasi Kata Mengelirukan
      • Sahabat Selamanya
      • Banggalah dengan Bahasa Kita
    • ►  09/23 - 09/30 (5)
    • ►  09/16 - 09/23 (1)

Pengikut

MASA BERLALU

HALWA TELINGA




Gratisan Musik

Copyright© All Rights Reserved Sharifahnoorulfitrahwanalkap.blogspot.com