-->
Sharifah Noorulfitrah Wan Alkap

text maker


Cool Text Maker

Rabu, 17 Oktober 2012

Amalan Membaca

Kisah ini berlaku dua hari lepas. Pada waktu itu, saya dan rakan dalam perjalanan ke pekan Tanjung Malim dengan menunggang motosikal. Kami berhenti di persimpangan lampu isyarat di hadapan kedai Yik Mun memandangkan pada waktu itu lampu isyarat  menunjukkan warna merah yang bermaksud berhenti. Sedang saya leka memandang sekeliling, saya terpandang seorang lelaki yang juga menunggang motosikal dan berada di hadapan motosikal kami. 

Lelaki tersebut berbadan agak gempal dan berusia lebih kurang sama dengan ayah saya. Motosikal yang dinaikinya kelihatan agak uzur dan saya rasa lelaki tersebut sudah layak jika digelar sebagai pak cik. Beliau memakai pakaian serba putih seperti mereka yang bekerja di klinik kesihatan. Pada mulanya, saya menyangka pak cik tersebut mengantuk kerana dia tunduk sejak dari awak dia berhenti. Setelah lama saya memerhati, barulah saya tahu kisah sebenar. Pak cik tersebut tunduk bukan disebabkan dia mengantuk tetapi dia tunduk untuk membaca buku yang ada di dalam bakul motosikalnya. Pak cik itu kelihatan sangat khusyuk membaca. Pada mulanya saya bimbang pak cik itu tidak sedar sekiranya lampu isyarat berubah warna dan mungkin dia akan 'dihon' oleh pemandu-pemandu lain. Namun sangkaan saya meleset apabila pak cik tersebut dapat mengagak waktu lampu itu akan berubah dan beliau terus berhenti membaca. 

Saya memerhatikan pak cik itu sehinggalah dia hilang dari pandangan saya. Di sudut hati kecil saya, saya kagum akan pak cik itu. Dalam waktu sesingkat itu dan di kawasan yang berisiko, dia masih lagi membaca tanpa menghiraukan orang sekeliling yang hairan memandangnya. Sikap pak cik itu patut dicontohi anak-anak remaja sekarang. Amalan membaca perlu dipraktikkan tidak kira di manapun kita berada dan usia bukan penghalang untuk kita terus menimba ilmu pengetahuan.
Dicatat oleh Unknown di 2:03 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Photo Cube Generator

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2012 (26)
    • ►  10/21 - 10/28 (5)
    • ▼  10/14 - 10/21 (5)
      • Banggalah dengan Malaysia
      • Sikap Bakal Guru
      • status bahasa Melayu
      • Adab dengan Pelanggan
      • Amalan Membaca
    • ►  10/07 - 10/14 (5)
    • ►  09/30 - 10/07 (5)
    • ►  09/23 - 09/30 (5)
    • ►  09/16 - 09/23 (1)

Pengikut

MASA BERLALU

HALWA TELINGA




Gratisan Musik

Copyright© All Rights Reserved Sharifahnoorulfitrahwanalkap.blogspot.com