-->
Sharifah Noorulfitrah Wan Alkap

text maker


Cool Text Maker

Selasa, 9 Oktober 2012

Bahasa SMS dan Facebook

Dunia tanpa sempadan telah menghubungkan masyarakat di serata pelosok negara. Kewujudan alat telekomunikasi terkini, canggih dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter merancakkan lagi perkembangan teknologi khususnya di negara kita sendiri. Perkembangan teknologi tersebut tidak sepenuhnya mendatangkan kebaikan. Hal ini demikian kerana berlaku beberapa perkara yang mungkin pada pandangan masyarakat bukan sebagai satu kesalahan tetapi jika dilihat pada sudut yang lain, perkara tersebut merupakan kesalahan besar atau boleh dianggap sebagai virus yang mungkin akan mendatangkan mudarat.

Perkara yang saya maksudkan ialah penggunaan bahasa dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook. Seperti yang kita sedia maklum, remaja terutamanya suka menggunakan bahasa Melayu dengan menggunakan ejaan yang salah dan kesalahan tersebut seakan-akan sudah menjadi trend atau ikutan pada masa kini. Contoh adalah seperti gambar di bawah yang saya ambil dari laman Facebook:


Oit HeY NuCk TeNaL NuN AwaCK BolerH?
Soh, Awack DuCk MaNerw, UmoxX AwAcK BaPerW?
ArE SaL NuN AwacK NhEa SorMBowng SanaRD?
KawO InGaRt KaWo BaGush SanArd Kheer, BerlagarK, SomBorng, BajeT NucK MarMPoz.

Jujur saya katakan, saya perlu membaca dua tiga kali mesej ini sebelum boleh mentafsir maksud sebenar ayat tersebut. Sememangnya, beginilah hakikat bahasa remaja masa kini. Mereka seolah-olah gagal dalam mata pelajaran bahasa Melayu ketika di bangku sekolah dan sewenang-wenangnya mencipta ejaan sendiri. Perkara seperti ini patut dipandang serius kerana jika dibiarkan, bahasa Melayu akan rosak dan mungkin bahasa Melayu yang sebenar akan dipinggirkan. Di bawah pula saya sertakan gambar yang mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk kita.



Dicatat oleh Unknown di 4:09 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Photo Cube Generator

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya

Arkib Blog

  • ▼  2012 (26)
    • ►  10/21 - 10/28 (5)
    • ►  10/14 - 10/21 (5)
    • ▼  10/07 - 10/14 (5)
      • Sama Tapi Tak Serupa
      • Dua hari lepas, saya menerima undangan ke majlis ...
      • Penterjemahan Frasa Bahasa Inggeris "by"
      • Bahasa SMS dan Facebook
      • Kata Sendi Nama 'di'
    • ►  09/30 - 10/07 (5)
    • ►  09/23 - 09/30 (5)
    • ►  09/16 - 09/23 (1)

Pengikut

MASA BERLALU

HALWA TELINGA




Gratisan Musik

Copyright© All Rights Reserved Sharifahnoorulfitrahwanalkap.blogspot.com