Pada mulanya, saya memang tidak terfikir untuk memasukkan tajuk ini ke dalam entri blog saya kerana pada pendapat saya, kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’ ini terlalu biasa dan mungkin telah dibincangkan oleh rakan saya yang lain. Namun, pengalaman saya ahad lepas membuatkan saya terpanggil untuk membicarakan topik yang sama.
Ahad lepas, saya dan rakan menghabiskan masa cuti hujung minggu kami dengan bersiar-siar di Kuala Lumpur. Kami menaiki bas dari Tanjung Malim dan kemudiannya berhenti di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral. Selepas itu, kami menaiki kereta api Transit Aliran Ringan (LRT) untuk ke Stesen Hang Tuah sebelum menaiki Monorel menuju ke kompleks beli belah Times Square. Sewaktu mula-mula menaiki LRT itu, saya tidak perasan akan sebarang benda di sekeliling saya memandangkan waktu itu penumpang sangat ramai. Setelah melalui beberapa stesen, penumpang semakin berkurangan dan saya berpeluang untuk duduk. Ketika mata saya liar memandang sekeliling LRT itu, saya terbaca sesuatu. Gambar di bawah adalah gambar yang saya ambil sendiri sewaktu saya berada di dalam LRT itu.
"Dilarang bersandar dipintu".
Ayat tersebut salah pada penggunaan kata sendi nama di pada frasa 'dipintu'. Kata sendi nama di yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat perlulah ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya seperti di bawah:
"Dilarang bersandar di pintu".
Walau bagaimanapun, dari segi hukum tatabahasa, terdapat satu lagi kesalahan pada ayat tersebut. Sepatutnya, jika hendak merujuk kepada tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja, kata sendi nama yang sesuai ialah pada dan bukannya di. Kata sendi nama di hanya digunakan untuk menunjukkan tempat sahaja. Jadi, ayat yang betul ialah:
"Dilarang bersandar pada pintu".
Satu lagi kesalahan yang saya sama yang saya jumpa adalah seperti gambar di bawah:
Kesalahan ini saya rakam sewaktu bas yang saya naiki hendak keluar dari tempat letak kereta Pudu Sentral.
"Perhatian berhenti digarisan merah tunggu sehingga palang naik"
Pihak yang bertanggungjawab seolah-olah menggunakan bahasa sewenang-wenangnya tanpa memikirkan segala hukum dan peraturan tatabahasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan